Pengenalan
Sistem Lantikan Kontrak (SLK) membolehkan Kementerian/ Jabatan/ Agensi/ Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri (PSUK) membuat permohonan secara online urusan pelantikan secara kontrak kepada SPA. Sistem ini akan merangkumi permohonan bagi pegawai yang dilantik secara berikut :
i) Pelantikan secara Kontrak
ii) Pelantikan Semula Secara Kontrak
SLK ini dibangunkan bagi pengurusan pelantikan kontrak selaras Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Ceraian UP.1.1.1: Dasar dan Prosedur Pelantikan Secara Kontrak (Contract of Service) dan Pekeliling SPA Bil. 1/ 2017 –Tatacara Pengambilan Pegawai Bagi Pelantikan Secara Kontrak Perkhidmatan
Sila klik di sini untuk melihat untuk melihat Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Ceraian UP.1.1.1: Dasar dan Prosedur Pelantikan Secara Kontrak (Contract of Service) dan di sini untuk melihat Pekeliling SPA Bil. 1/2017 – Tatacara Pengambilan Pegawai Bagi Pelantikan Secara Kontrak Perkhidmatan.
|